HomeUtamaKerajaan GRS Harus Dipertahankan, jangan ada lagi pilihan raya-Bung Moktar

Kerajaan GRS Harus Dipertahankan, jangan ada lagi pilihan raya-Bung Moktar

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus dipertahankan supaya tidak mengikut rentak beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, perkembangan politik semasa amat mencabar dan setiap kali ada isu yang dibangkitkan pasti akan membawa kepada permasalahan yang besar.

“Maka, kita jangan mengikut rentak yang berlaku. Kita harus pertahankan GRS dengan apa keadaan sekali pun kerana kita tidak mahu ada pilihan raya berlaku.

“Di Sabah kita baru setahun lebih mengadakan pilihan raya dan kalau ada lagi, mesti rakyat marah dengan kita,” katanya ketika penyerahan limau mandarin kepada komponen BN Sabah semalam.

Penyerahan limau itu diberikan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA).

Tambah beliau, kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah harus sentiasa diperkasakan agar terus relevan dan sentiasa diterima oleh rakyat.

Timbalan Ketua Menteri itu berharap sempena dengan tahun harimau ini, beliau berharap ia akan terus memberi manfaat kepada perjuangan BN di Sabah.

Justeru, beliau akan memberi fokus kepada usaha membangunkan negeri ini walaupun pelbagai isu berkaitan masalah kemudahan infrastruktur di Sabah tular dalam media sosial.

Katanya, masalah jalan raya di Sabah sering tular dalam media sosial kerana setiap kali musim hujan banyak jalan yang rosak dan tidak diperbaiki selama berbulan-bulan. Malah, ada jalan yang diperbaiki tetapi, rosak semula.

“Maka, di peringkat Jabatan Kerja Raya (JKR), kita mempunyai rancangan jangka panjang untuk memastikan jalan raya di Sabah mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk membangunkan infrastruktur jalan raya kerana kita bergantung kepada peruntukan persekutuan. Itu realiti yang kita hadapi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya