HomeUtamaSemua Pihak Perlu Bantu Banteras Penyalahgunaan Dadah

Semua Pihak Perlu Bantu Banteras Penyalahgunaan Dadah

Read Time:1 Minute, 0 Second

PENAMPANG: Pembabitan semua lapisan masyarakat diperlukan bagi membantu membanteras masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, langkah tuntas itu adalah bagi membantu pihak yang berkuasa mengatasi permasalahan berkenaan dari semasa ke semasa.

“Kerjasama dan penglibatan komuniti secara holistik bersama pemimpin masyarakat, jabatan-jabatan, badan bukan kerajaan, keluarga dan pihak yang bertanggungjawab ini penting bagi memastikan usaha membanteras dadah ini berjaya.

“Penglibatan ahli komuniti memberi gambaran bahawa program pencegahan dadah amat penting dan berguna kepada mereka” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap dalam perasmian Program Fun Ride Against Drugs anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah dengan kerjasama Persatuan Komuniti Penampang dan PEMADAM Sabah disini semalam.

Sementara itu, dalam program yang sama, beliau turut menyentuh tahap kesedaran  perlu ditingkatkan oleh orang ramai tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.

“Kempen-Kempen berkenaan penyalahgunaan dadah Ini penting untuk diteruskan dan disebar luas agar dapat memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Ia juga untuk mendidik masyarakat agar mempunyai sifat peduli tentang isu-isu berkaitan dadah dan mengamalkan aktiviti gaya hidup sihat” jelasnya.

Turut hadir ialah Pengarah AADK negeri Sabah; Nani bin Sikin, Presiden Persatuan Komuniti Penampang; Rudy Jeckery Jikinon, dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N25 Kepayan; Lu Yen Tung.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya