HomeUtamaTerus Pertahan Kepelbagaian Budaya,Adat Masyarakat Di Sabah

Terus Pertahan Kepelbagaian Budaya,Adat Masyarakat Di Sabah

Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Rakyat di negeri ini diseru untuk terus mempertahankan kepelbagaian budaya dan adat masyarakat setempat khususnya dalam menyambut suatu perayaan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, budaya menyambut perayaan suku kaum dan etnik yang berbeza di negeri ini dilihat masih kekal subur dan harus dipertahankan.

“Disini saya ingin menyatakan bahawa budaya merayakan suatu perayaan secara bersama di Sabah dilihat masih kekal subur dan harmoni dikalangan masyarakat kita.

“Ia dapat dilihat apabila semua kaum akan turut serta dalam suatu perayaan yang disambut,”katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke pasar malam terbuka sempena Tahun Baru Cina 2022 di Segama disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

Yakub berkata, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini dapat terus mengekalkan budaya yang sedia ada bagi menjadi contoh kepada masyarakat luar.

Sementara itu, Yakub berkata, pasar malam yang diadakan itu adalah bersempena sambutan Tahun Baru Cina .

“Pada hari ini kita mengadakan Tinjauan Mesra di kawasan Segama dimana kawasan ini dijadikan sebagai salah satu pusat untuk para peniaga berniaga sempena sambutan Tahun baru Cina.

“Kita difahamkan bahawa tahun ini Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyediakan beberapa kawasan sebagai pusat penjualan sempena Tahun Baru Cina,” katanya.

Katanya, lokasi yang dibahagikan kepada beberapa kawasan itu adalah bagi mengelak orang ramai berkumpul dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih ada kini.

Terdahulu, Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, sebanyak 150 buah gerai dibuka di Segama.

“Pada tahun ini gerai yang dibuka disini (Segama) memang kurang hanya 150 buah gerai dibuka kerana kita sudah pecahkan dibeberapa lokasi.

“Antara lokasi lain yang dibuka adalah di Kedai Foh Sang; Kedai Kepayan (Yu Sang); Kawasan Parkir Dewan Damai; Tapak Tamu Pekan Menggatal dan Pasar Lido,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular