HomeLuar negaraLegenda Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia

Legenda Bollywood, Lata Mangeshkar meninggal dunia

Read Time:1 Minute, 9 Second

CYBERJAYA — Penyanyi legenda India, Lata Mangeshkar, meninggal dunia hari ini pada usia 92 tahun.

Beliau dimasukkan ke hospital pada awal Januari setelah dijangkiti Covid-19 dan menghidap pneumonia.

Lata kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan gejala ringan dan dikatakan sedang dalam proses pemulihan.

Keadaan kesihatannya menjadi kritikal dan setakat semalam, beliau menerima bantuan alat pernafasan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, menurut laporan Times of India.

Lata Mangeshkar yang mempunyai kerjaya yang luar biasa kerana kemerduan suaranya menyanyikan lebih daripada 30,000 lagu dalam 36 bahasa.

kerjanya dalam Bollywood, industri filem Hindi India, menjadikannya antara ikon bagi negara itu.

Presiden Ram Nath Kovind berkata berita itu “menyayat hati” dan menambah bahawa pencapaiannya akan kekal “tiada tandingan”.


Perdana Menteri Narendra Modi berkata kematian Mangeshkar meninggalkan “kekosongan dalam negara kita yang tidak dapat diisi”.


Lata yang dilahirkan di bandar Indore, pada 28 September 1929.

Dia mula belajar muzik pada usia lima tahun daripada bapanya, Deenanath Mangeshkar, yang aktif dalam teater.

RELATED ARTICLES
Utama

Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia diarah memulakan tugas serta-merta –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya