HomeUtamaHubungan Kami Baik, Tidak Pernah Bertelagah - Hajiji

Hubungan Kami Baik, Tidak Pernah Bertelagah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 21 Second

KUDAT: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menolak khabar angin yang mengatakan hubungannya  dengan Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beberapa kepimpinan tertinggi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah retak.

Malah Hajiji berkata, hubungannya dengan Bung Moktar, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan adalah sangat mesra dan semakin kuat.

“Saya akan nyatakan dengan jelas disini memandangkan Datuk Bung juga ada disini, kami tidak pernah bertelagah antara satu sama lain.  Kami tidak pernah berlaku salah faham walaupun orang lain cakap tentang kami.

“Walaupun kita datang daripada parti yang berlainan, kita tegas dengan ikrar GRS. Dengan (penjelasan) ini, saya berharap tidak akan ada lagi cakap-cakap yang Hajiji tidak baik dengan Bung atau Dr Max dan Dr Jeffrey,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan GRS Back Benchers Club di Kudat Golf and Marina Resort di sini semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut menyatakan bahawa beliau sentiasa berhubung dengan Bung Moktar.

“Saya telah bercakap dengan Datuk Bung bahawa kita perlu melindungi mandat yang diberikan oleh rakyat kepada GRS.

“Kita ada kurang empat tahun sebelum pilihan raya semula jadi apa yang perlu kita lakukan ialah bekerja keras untuk membawa kemajuan kepada rakyat dan Sabah,” katanya.

Sementara itu Hajiji berkata, beliau mengakui tidak akan menjadi Ketua Menteri jika tiada sokongan padu pelbagai pihak dalam GRS.

“Saya faham perkara ini. Oleh itu kita perlu bekerja keras untuk rakyat. Juga tidak perlu berebut kerusi. Kita boleh selesaikan dengan melihat kekuatan parti masing-masing.

“Jika parti itu kuat dalam sesebuah kawasan maka kerusi akan diberikan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya