HomeUtamaSabah Tunggu SOP Terperinci Berhubung Pembukaan Sempadan Negara

Sabah Tunggu SOP Terperinci Berhubung Pembukaan Sempadan Negara

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU : Sabah akan menunggu butiran prosedur operasi standard (SOP) lebih terperinci oleh kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang cadangan berkaitan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah sedia untuk membuat penyelarasan SOP namun ianya adalah berdasarkan kepada situasi di negeri ini.

“Apa yang saya ingin katakan untuk kes di Sabah, kita mempunyai situasi yang lebih mencabar kerana kita berdepan kemasukan penduduk dari Filipina dan Indonesia yang datang menggunakan bot selain tahap vaksinasi COVID-19 disana tidak setinggi kita disini.

“Bermaksud disini ada kemungkinan besar bahawa sebahagian mereka yang tiba mungkin belum menerima vaksinasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pemberian Imunisasi Vaksin Dewasa, Vaksin Kanak-Kanak Dan Dos Penggalak COVID-19 kementeriannya, di sini, hari ini.

Masidi berkata, kemungkinan SOP bagi mewajibkan bagi setiap pengunjung dari luar negara mesti divaksin sepenuhnya.

“Inilah yang saya katakan, kita perlu membuat pelarasan kepada SOP kita bagi memastikan setiap pelawat yang datang ke Sabah terutamanya mereka yang datang dengan bot perlu diberi vaksin selengkapnya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lalu mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini selari dengan perancangan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS cipta sejarah kibar bendera di puncak Gunung Kinabalu guna robot 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular