HomePolitikKerjasama GRS Kini Lebih Utuh

Kerjasama GRS Kini Lebih Utuh

Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini lebih utuh dengan ‘identiti’ tersendiri sebagai sebuah entiti politik yang rasmi selepas berjaya didaftarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan berkata, gabungan parti-parti yang bekejasama dalam GRS mampu memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebaikan negeri ini.

“Saya menyokong penuh keputusan GRS yang kini berjaya didaftarkan sebagai sebuah gabungan rasmi dan juga mempunyai identiti tersendiri.

“Selain itu, saya  juga yakin dengan langkah seterusnya yang turut dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Fairuz berkata, GRS juga kini akan lebih fokus dan kuat untuk bergerak dan bekerja untuk rakyat di negeri ini.

Katanya, hala tuju GRS adalah untuk terus memastikan segala perancangan dan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan, sekaligus memulihkan negeri Sabah daripada kemelut ekonomi rakyat.

“Dugaan yang menimpa kita bukan sedikit dan saya yakin semua pemimpin yang bernaung bersama di bawah entiti GRS akan terus menjalankan tugas dan peranan kita, dalam memulihkan semuanya.

“Apa-apa pun, kita akan sentiasa berdiri di landasan utama untuk negeri Sabah dan rakyat Sabah.

“Selain itu saya yakin semua parti kompenen yang berada dalam GRS akan bekerja keras untuk merealisasikan segala harapan dan menyelesaikan segala permasalahan rakyat,” katanya.

Semalam,Hajiji mengumumkan bahawa GRS kini adalah sebuah entiti politik yang telah menerima kelulusan dan disahkan pada 11 Mac lalu.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Bursa Ditutup Tinggi Pada Sesi Pagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular