HomeUtamaDUN Sabah : Hargai Slogan Sabah Maju Jaya

DUN Sabah : Hargai Slogan Sabah Maju Jaya

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan meminta semua pihak untuk terus menghormati dan menyanjung tinggi slogan ‘Sabah Maju Jaya’.

Katanya, slogan itu telah sebati dengan rakyat di Sabah yang bukan sekadar kata-kata malah perjuangan masyarakat di negeri ini yang mahu Sabah terus maju menempah kejayaan.

“Kita sedar memang dua tahun kebelakangan ini adalah tahun paling sukar buat semua kerana COVID-19 hadir tanpa kita duga, sekaligus meragut keharmonian ekonomi dan rakyat kita, hampir secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ucapan perbahasan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini semalam.

Fairuz berkata, isu keperluan internet yang masa kini juga perlu difokuskan dan diperbaiki kerana kehidupan norma baharu amat bergantung kepada keperluan liputan internet.

“Urusan harian, pembelajaran, pengajaran, pendidikan, ekonomi, perniagaan, pekerjaan dan segala urusan termasuk mesyuarat, banyak diadakan secara alam maya dan tidak lain tidak bukan, ia memerlukan internet dan pastinya faktor liputan turut mempengaruhi kualiti,” katanya

Mengenai isu Kesultanan Sulu, Fairuz juga menyokong kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, bahawa tuntutan Filipina adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau meminta supaya Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri tidak lagi melayan mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu. 

“Negara kita, negeri kita, sudah pasti menjadi tanggungjawab kita untuk kita pertahankan sedaya upaya kita.

“Sememangnya tidak perlu kita kisah atau endahkan segala permintaan karut dan tidak masuk akal golongan-golongan itu kerana pastinya ini hanyalah akan menimbulkan kekusutan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular