HomeUtamaBapa,anak kongsi pentas terima PhD dan Ijazah

Bapa,anak kongsi pentas terima PhD dan Ijazah

Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU : Seorang bapa tidak menyangka hari ini merupakan hari bersejarah bagi dirinya apabila berkongsi pentas bersama anaknya bagi menerima skrol Ijazah  pada Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS disini hari ini.

Mohd Nazmil Rumpau Abdullah,55, merupakan graduan Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Pendidikan manakala anaknya Shaffiera Mohd Nazmil,25,ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial.

Dua beranak itu antara 4,728 graduan yang menerima PhD dan Ijazah yang disempurnakan Pro Canselor UMS yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Mohd Nazmil mengakui tidak menyangka akan bergraduasi sekali bersama anaknya namun tetap bersyukur dan gembira apabila menerima skrol konvosyen di Universiti yang sama.

“Sejujurnya tidak ada perancangan untuk berkongsi pentas konvokesyen pada kali ini kerana saya lebih dahulu mengikuti pengajian dalam PhD pada 2013 dan selepas itu barulah anak saya menyusul pada 2017 selepas dia tamat pengajian Tingkatan Enam.

Mohd Nazmil Rumpau bersama anaknya Shaffiera Mohd Nazmil

“Saya menghabiskan pengajian PhD selama tujuh tahun dan sudah tentu cabaran yang selaku pelajar dan tenaga pengajar sebagai guru serta ketua keluarga amat mencabar dimana saya perlu membahagikan masa untuk semua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima skrol PhD disini hari ini.

Nazmil yang kini sebagai Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tenom berkata, beliau turut berdepan cabaran untuk memperoleh jurnal mengenai pengajiannya selain perlu kreatif dan inovatif selaku pelajar.

“Kepada ibu bapa, terutama pendidik , saya alu-alukan warga pendidik, jika ada peluang teruskanlah mencari ilmu selagi mampu.

“Kalau ada anak-anak,pastikan dan galakkan mereka untuk teruskan pengajian kerana tidak cukup setakat tingakat enam, jika boleh teruskan sehingga peringkat PhD,” katanya.

Sementara itu, anaknya Shaffiera berkata, kejayaan bapanya melanjutkan pengajian diperingkat PhD turut mendorong dirinya melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadi antara cabarannya untuk mengikuti pengajian dalam semester akhir selain perlu menjalani pembelajaran dan pengajaran dalam talian.

“Pada PKP yang pertama lalu, saya sudah berada di semester akhir dimana pada masa itu semua berubah kerana perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian sepenuhnya.

“Meskipun secara dalam talian, pada masa itu bapa saya juga antara yang membantu saya, jika ada soalan saya boleh bertanyakan padanya seterusnya menyemak tugasan selain memperbetulkan masalah yang ada,” katanya.

Shaffiera berkata, dia merancang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Master di universiti sama jika diberi peluang.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular