HomeIsu tempatan1,027 KRT terima Geran Rukun Tetangga

1,027 KRT terima Geran Rukun Tetangga

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU :  Sebanyak 1,027 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang aktif di negeri ini menerima Geran Rukun Tetangga `Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia’ berjumlah RM6.16 juta.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ianya bagi memperkukuhkan peranan Komuniti Rukun Tetangga dalam komuniti setempat.

Katanya, geran yang diberikan dari Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah yang bernaung di bawah kementeriannya itu juga untuk memberi pengiktirafan kepada komuniti yang sentiasa bergerak aktif.

“Tahun ini, Kerajaan menyediakan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM6.16 juta kepada KRT Negeri Sabah iaitu RM6,000 kepada setiap KRT yang aktif di negeri ini.

“Ia adalah bagi memperkukuhkan peranan KRT dalam komuniti melalui pelaksanaan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang merangkumi gerak kerja KRT Sejahtera, KRT Sihat, KRT Selamat serta KRT Bersih dan Indah,” katanya.

Shahelmey berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Geran Rukun Tetangga “Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia” dan Pelancaran Gerak Kerja Komuniti KRT Tahun 2022 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah di Kota Kinabalu disini semalam.

Beliau turut berharap agar semua KRT di negeri ini untuk terus aktif agar dapat membangunkan komuniti yang bermuafakat.

“Kita amat mengharapkan agar KRT yang ada di negeri Sabah semua turut aktif dalam usaha untuk membangunkan komuniti, mengeratkan perpaduan dan juga mengeratkan integrasi nasional,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perluas kerjasama peringkat antarabangsa dalam pengurusan bencana

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya