HomeUtamaNilai kasih sayang, pendidikan agama, tanggungjawab perlu ditekankan bentuk keluarga ideal

Nilai kasih sayang, pendidikan agama, tanggungjawab perlu ditekankan bentuk keluarga ideal

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Pembentukan keluarga yang ideal dikalangan masyarakat perlu menekankan nilai kasih sayang, pendidikan agama dan rasa tanggungjawab sesama ahli keluarga.

Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, setiap keluarga tanpa mengira etnik, agama dan budaya perlu terlibat dalam memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat yang holistik.

“Justeru, kami di Sabah amat menyokong konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Konsep ini bersifat universal yang merentasi sempadan agama dan bangsa yang wajar dijadikan sebagai prinsip utama dalam melaksanakan agenda pembangunan masyarakat dan pembinaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perutusan secara maya sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ke-22 bagi graduan tahun 2020 di Dewan Canselor UMS disini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Tun Juhar yang juga Canselor UMS berkata, konsep ‘Keluarga Malaysia’ amat dekat dengan suasana kehidupan rakyat di Sabah.

Katanya, meskipun Sabah mempunyai lebih 32 etnik, namun rakyatnya sudah sebati dengan nilai kekeluargaan yang majmuk, harmoni, keterbukaan dan kebersamaan.

“Ini menjadikan Sabah sebagai negeri contoh dalam mewujudkan keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat di Malaysia.

“Sehubungan itu, dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan keharmonian hidup yang telah kita kecapi sejak turun temurun,” katanya.

Beliau turut berkata, semangat itu juga perlu dibawa bagi mewujudkan kesatuan dan kebersamaan seluruh rakyat jelata dalam menangani pandemik COVID-19.

“Semoga kemakmuran dan kesejahteraan di negara kita dapat dikekalkan buat selama-lamanya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya