HomeUtamaCOVID-19 : Terendah sejak lebih setahun lalu

COVID-19 : Terendah sejak lebih setahun lalu

Read Time:54 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan jumlah jangkitan kes COVID-19 baharu yang terendah sejak lebih setahun lalu dengan hanya 40 kes dilaporkan pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manun berkata, jumlah itu menurun sebanyak 11 kes berbanding jumlah jangkitan semalam.

“Keadaan secara keseluruhan terus bertambah baik. Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 13 daripada 27 daerah di Sabah dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 13 daerah lagi mencatatkan kes baharu satu angka dan enam daripada daerah-daerah tersebut masing-masing hanya merekodkan satu jangkitan baharu,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, Keningau menjadi daerah tunggal di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka dengan 10 kes.

Katanya, tidak ada jangkitan dilaporkan di Keningau semalam manakala sembilan daripada 10 jangkitan tersebut melibatkan OKT (Orang Kena Tahan).

“Kota Kinabalu yang mencatatkan jumlah jangkitan dua angka semalam merekodkan hanya enam kes (-7) baharu hari ini.

“Seramai 37 orang daripada 40 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 masing-masing merekodkan satu kes,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya