‘Shopping Raya’ ceriakan 20 anak yatim,asnaf sambut Aidilfitri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi 20 anak yatim dan golongan asnaf apabila dibawa UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu untuk membeli kelengkapan raya di sebuah pasar raya di Likas disini pagi tadi.

Kesemua mereka berusia diantara 10 hingga 19 tahun itu diberi peluang untuk memilih baju sambil ditemani pengiring yang juga guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Likas dan Sekolah Kebangsaan (SK) Likas.

Ketua UMNO Sabah Bahagian Kota Kinabalu Musliati Moslimin berkata, program ‘Shopping Raya’ yang diadakan itu adalah bagi memberi keceriaan dan kegembiraan kepada mereka yang terpilih untuk menyambut Aidilfitri selepas negara beralih ke fasa peralihan ke endemik bermula 1 April lalu.

“Pada hari ini kita mengadakan program shopping raya bersama anak yatim dan golongan asnaf melibatkan 20 orang pelajar dimana dua sekolah terpilih iaitu SMK Likas dan juga SK Likas.  Kehadiran mereka juga turut diiringi oleh guru sekolah mereka.

“Sebenarnya pemilihan sekolah ini datangnya daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu yang mana kita bekerjasama dengan mereka.

Musliati membantu mengenakan baju kurung kepada salah seorang anak yang terpilih

“Sudah pasti, kami mahu anak-anak ini merasai suasana dimana sebelum ini mereka tidak dapat membeli baju, kasut ataupun keperluan raya di rumah. 

“Jadi kita bersama-sama dengan mereka untuk shopping seterusnya memberi kegembiraan menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada program itu disini pagi tadi.

Musliati berkata, pada program itu, pihaknya memberi kebebasan untuk mereka yang terpilih mendapatkan keperluan persiapan Aidilfitri.

“Mungkin ada yang belum ada kasut, mungkin juga belum mempunyai baju raya, jadi kita serahkan kepada anak-anak untuk memilih namun kita menetapakan bajet untuk seorang anak berbelanja  pada hari ini.

“Secara keseluruhan, saya gembira apabila dapat melihat mereka diberi peluang untuk bershopping sendiri barang keperluan mereka.  Mungkin juga ada dikalangan mereka tidak dapat merasai suasana seperti ini,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *