HomeSukanUsaha promosi sukan tradisi perlu diperkasa

Usaha promosi sukan tradisi perlu diperkasa

Read Time:1 Minute, 10 Second

KENINGAU: Usaha mempromosi sukan tradisi suku kaum Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) kepada umum perlu diperkasa.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, agensi-agensi dalam Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta agensi yang terlibat haruslah mempergiat usaha dalam memperkenalkan sukan tradisi  menerusi kempen dan program yang berkaitan.

“Program sukan tradisi ini merupakan wadah terbaik untuk memperkenalkan sukan tradisi dan salah satu kaedah efektif untuk memperkanal keunikan sukan-sukan tradisi ini adalah melalui media sosial, memandangkan media sosial merupakan satu medium pantas dan meluas pada hari ini.

“Pertandingan sukan tradisi ini harus diteruskan malah perlu diadakan secara lebih meluas agar sukan tradisi ini dikenali ramai bukan sahaja diperingkat negeri malah di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pertandingan Sukan Tradisi Sempena Pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Pusat Kraftangan, Keningau di sini kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS), Osman Aganduk, Timbalan Pengerusi LSS, Janih Bangud dan wakil KDCA, Pengurus Besar LSS, Terrance Edward Pudin.

Ellron berkata, pihaknya rasa bersyukur apabila sukan tradisi itu diraikan secara fizikal selepas dua tahun diadakan secara hibrid ataupun secara pertunjukan maya.

Katanya, ianya juga turut dirasai oleh para pengunjung  seterusnya menyaksikan sendiri sukan-sukan tradisi dengan lebih dekat.

Pada majlis yang sama, Ellron turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan sukan tradisi dalam acara menyumpit, membujak dan melastik serta pertandingan baju tradisi terbaik.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular