HomeUtamaGuna kesempatan ziarah,erat silaturrahim antara keluarga - Hajiji

Guna kesempatan ziarah,erat silaturrahim antara keluarga – Hajiji

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berharap umat Islam di negeri ini mengambil kesempatan untuk terus mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan antara masyarakat.

Katanya, ini selepas negara telah beralih kepada fasa peralihan ke endemik bermula 1 April yang lalu.

“Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam di Sabah dan dimana saja mereka berada.

“Kita turut berharap hari raya ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara kita sesama kita khususnya apabila kita beralih ke fasa endemik ini, gunakan kesempatan ini untuk ziarah-menziarahi diantara satu sama lain.

“Dimana hampir dua tahun kita tidak melakukan aktiviti ziarah dan kini telah dibenarkan.  Jadi inilah masalah yang baik untuk umat Islam merapatkan lagi silaturrahim diantara satu sama lain,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain,Hajiji berkata, kerajaan negeri akan turut menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan di peringkat Persekutuan.

“Jika ada perubahan, saya ingat nanti jawatankuasa COVID-19 peringkat negeri akan tentukan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular