HomeUtamaTuan Rumah cedera selepas beri izin tetamu tumpang bilik air

Tuan Rumah cedera selepas beri izin tetamu tumpang bilik air

Read Time:1 Minute, 20 Second

CYBERJAYA -— Kebaikan seorang pemilik rumah memberi minuman serta membenarkan tetamu tidak dikenali menumpang guna tandas rumahnya, bertukar malang lelaki terbabit bertindak agresif mencederakan dua ahli keluarga mangsa dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata kejadian berlaku pagi semalam, apabila rumah mangsa terletak di Felda Bukit Easter di sini, didatangi lelaki tidak dikenali.

Beliau berkata, lelaki berkenaan meminta air untuk minum sebelum menyatakan mahu menumpang guna tandas untuk membuang air besar.

Katanya, pemilik rumah yang memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk menggunakan kemudahan tandas bagaimanapun terkilan apabila lelaki itu cuba memasuki sebuah bilik tidur ahli keluarganya.

“Ketika cuba menghalang perbuatan itu, suspek bersikap agresif termasuk mencederakan dua penghuni rumah berkenaan dengan menggunakan parang.

“Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar sebuah hospital berhampiran katanya seperti yang dilaporkan Bharian.

“Manakala suspek juga mengalami kecederaan apabila kejadian itu disedari penduduk kampung yang mengambil tindakan sendiri sebelum diserahkan kepada polis. Suspek turut dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Hussin berkata, suspek didapati dalam dalam keadaan khayal iaitu dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ke rumah mangsa. 

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, tiada unsur samun dan suspek didapati menggunakan parang milik pemilik rumah berkenaan.

“Suspek adalah warga tempatan berusia 30 tahun diserahkan kepada polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam (parang).

“Kami menasihati orang ramai supaya bertindak menghubungi balai Polis berhampiran sekiranya ada individu tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan dan dalam keadaan mencurigakan. Orang ramai juga dinasihatkan tidak bertindak sendiri dan mematuhi undang-undang ditetapkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya