Polis kesan suspek kes samun viral di TikTok 

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

CYBERJAYA -— Seorang lelaki cedera ketika cuba mengejar seorang lelaki yang memecah cermin kereta sebelum melarikan barangan beg berisi barangan berharga miliknya di Damansara Perdana, petang semalam. 

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.40 petang itu berjaya dirakam dan dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial TikTok yang kebetulan berada di tempat kejadian dan menjadi viral. 

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, mangsa yang juga seorang lelaki tempatan berusia 30-an kemudian tampil di Balai Polis Damansara membuat laporan kejadian itu pada jam 4.30 petang. 

“Mangsa memaklumkan dia nampak seseorang sedang menendang cermin kereta sebelah penumpang hadapan sehingga pecah sebelum melarikan beg kerjanya yang mengandungi komputer riba serta barangan peribadi lapor portal Berita harian.

“Mangsa kemudian menjerit dan menyebabkan suspek terus lari masuk ke dalam sebuah kereta dan cuba melarikan diri. 

“Bagaimanapun, mangsa terus mengejar kereta suspek sebelum berlaku pergelutan antara mereka sehingga beg mangsa terjatuh dari kereta suspek,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu selain mengalami kerugian dianggarkan RM500. 

“Usaha mengesan suspek kini sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga mendatang kecederaan. 

“Kita minta saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662176 untuk membantu siasatan,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *