881,602 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 6 Second

BERNAMA

CYBERJAYA-— Sejumlah 881,602 atau 24.8 peratus kanak-kanak berumur  lima dan 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,538,685 kanak-kanak atau 43.3 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin tersebut.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,895,394 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,993,097 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,038,512 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,541 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,696 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 11,121 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 1,959 dos pertama, 7,539 dos kedua dan 1,623 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,345,153. 

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak dua kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes masing-masing di Negeri Sembilan dan Perak. 

Jumlah berkenaan adalah angka terendah direkodkan selepas kali terakhir angka sama direkodkan pada 16 April tahun lepas. 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *