HomeUtamaAustralia Eratkan Hubungan Dengan Sabah

Australia Eratkan Hubungan Dengan Sabah

Read Time:28 Second

KOTA KINABALU: Australia tidak sabar untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan Sabah dalam era pasca pandemik.

Perkara ini dinyatakan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu dekat sini pada Isnin.

Antara isu yang dibincangkan ialah pelancongan dan hubungan ekonomi dua hala.

Dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia pada Jun tahun lepas, Dr Lee berkata, Australia menghargai hubungan yang telah lama terjalin dengan Sabah dan berharap dapat diteruskan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular