HomeUtamaPolis siasat dakwaan penjualan data JPN 

Polis siasat dakwaan penjualan data JPN 

Read Time:1 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat dakwaan wujudnya tawaran penjualan data rakyat Malaysia yang diambil dari pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu ini. Kita memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan isu sebegini dapat ditangani dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, satu agensi media tempatan melaporkan data peribadi jutaan rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 82 tahun yang berada dalam JPN didakwa dijual dengan harga AS$10,000 (RM43,870) di forum pasaran pangkalan data.

Penjualnya mendakwa data peribadi itu termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat dan gambar dengan data daripada laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dijual.

Ia bukan dakwaan baharu kerana tahun lalu JPN turut mengesahkan ia menerima laporan berhubung dakwaan penjualan pangkalan data mengandungi empat juta maklumat peribadi rakyat Malaysia di sebuah forum pasaran pangkalan data terkenal.

Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin tahun lalu juga menafikan berlaku kebocoran data seperti yang didakwa terbabit.

Bagaimanapun isu penjualan data rakyat Malaysia kembali panas semalam apabila laman sesawang terbabit sekali lagi memaparkan tangkap layar penjualan data peribadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya