HomeUtamaTempoh daftar Pakej Internet Prabayar Remaja dilanjutkan

Tempoh daftar Pakej Internet Prabayar Remaja dilanjutkan

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Tempoh pendaftaran pakej internet prabayar baharu khusus untuk remaja dan pelajar dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2022.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia, pelajar termasuk siswazah akan memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian tanpa sebarang kekangan data.

“Para pelajar dapat memanfaatkan data 20 GB untuk tiga bulan dengan hanya RM10/sebulan (dibayar untuk tiga bulan/RM30) untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta internet asas tanpa had.

“Dengan pakej ini, pelajar boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej dan melayari internet. Data 20 GB boleh digunakan untuk aktiviti seperti muat turun video atau permainan dalam talian dan membantu pengguna untuk merehatkan diri dengan kebolehan akses kepada hiburan,” katanya.

Mohammad (tengah) ketika sesi taklimat oleh jabatan dan agensi K-KOMM Sabah

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam rancangan SabahFM Bagus Bah di sini baru –baru ini.

Mohammad berkata, pakej lain yang termasuk dalam data ini adalah 1 GB data harian (sebanyak 90 GB untuk 3 bulan) percuma untuk aktiviti produktiviti.

Katanya, remaja dan pelajar di bawah umur 21 tahun hanya perlu mendaftar dengan MyKad sementara pelajar melebihi 21 tahun perlu mendaftar dengan kad pelajar.

“Saya berharap golongan ini akan dapat memanfaatkan kemudahan dan melancarkan pembelajaran serta urusan harian mereka,” katanya.

Bagaimanapun, pakej berkenaan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan  oleh penyelia perkhidmatan mudah alih yang terlibat iaitu Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd(Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular