Sukan tradisi kembali meriahkan sambutan Pesta Kaamatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 9 Second

PENAMPANG: Aktiviti sukan tradisi antara acara rasmi yang dilaksanakan bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan selain beberapa persembahan kesenian, pameran dan Unduk Ngadau.

Tahun ini, sukan tradisi seperti tarik tali (migazat dukug) dan gusti lengan (mipulos) diadakan secara fizikal dan terbuka bagi penggemarnya.

Acara Sukan Melastik yang dipersembahkan oleh Mansur.

Manakala sukan seperti melastik (momolositik), menjerat kerbau (monungkava kalabau), membujak (manandus), menyumpit (monopuk), memproses padi (tumutu), menyalakan api (mopiri) hanya sebagai persembahan.

Sukan Tradisi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bagi Tahun 2022 telah diadakan di Pentas Terbuka Hongkod Koisaan KDCA, Sabtu lalu dan dirasmikan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan, Mansur Asun.

Memproses padi selepas dituai antara acara Sukan Tradisi yang dipertontonkan

Meskipun dianjurkan dalam norma baharu dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat namun acara itu berlangsung dengan lancar dan berjaya 

Hadir sama memeriahkan majlis ialah Pengerusi Lembaga Sukan (LSS), Osman Aganduk, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah (LSS), Terrance Pudin dan Ahli-Ahli Lembaga LSS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *