HomeEkonomiLadang jamin bekal ayam di pasaran, kata kementerian 

Ladang jamin bekal ayam di pasaran, kata kementerian 

Read Time:1 Minute, 23 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemeriksaan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar mendapati kebanyakan ladang ayam bersedia untuk membekalkan ayam di pasaran.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) dalam kenyataan memaklumkan pemeriksaan berkenaan dilakukan susulan laporan bahawa “kartel” ayam bertindak memberhentikan operasi ladang, sekali gus mengakibatkan kekurangan bekalan ayam di pasaran.

Menyifatkan laporan tersebut kurang tepat, kementerian itu memaklumkan bahawa pihak syarikat ladang ayam telah memberikan jaminan ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan, khususnya ayam diproses sama ada dalam bentuk ayam bulat, ayam “super”, ayam “standard” serta keratan ayam.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan ada dalam kalangan ladang ayam ini menghadapi masalah kenaikan berat badan ayam terganggu akibat kualiti dedak makanan ayam, selain jangkitan penyakit dan keadaan cuaca panas melampau yang turut mengganggu pembesaran ayam di ladang terutama di reban sistem terbuka.

“Ini telah memberikan kesan kepada bekalan ayam di kawasan tertentu,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut menjelaskan proses penilaian pemberian subsidi ayam kepada penternak yang mengemukakan permohonan, sedang disegerakan dan penternak yang memenuhi syarat serta mendapat kelulusan pembayaran, akan memperoleh tuntutan dalam tempoh dijanjikan.

“Mafi akan terus mengadakan perjumpaan dan libat urus dengan semua pihak industri yang terlibat secara langsung dalam rantaian pengeluaran bekalan ayam bagi memastikan kelangsungan pengeluaran bekalan.

“Mafi memandang serius isu-isu yang mengancam sekuriti makanan negara dan sentiasa berusaha bersama dengan pihak berkepentingan dalam menstabilkan kembali bekalan, bagi menjamin bekalan ayam mencukupi untuk keperluan negara sepanjang masa,” menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan bahawa kekurangan bekalan ayam di pasaran disebabkan “kartel” ayam bertindak memberhentikan operasi ladang pada semalam dan hari ini.

Menerusi laporan berkenaan, alasan yang diberikan adalah ayam di ladang belum mencapai berat jualan akibat masalah penggemukan ayam terjejas.

RELATED ARTICLES
Utama

Sydney dinobat pemenang peringkat serantau Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya