HomeUtamaSemua pemimpin GRS adalah bersifat terbuka - Masidi

Semua pemimpin GRS adalah bersifat terbuka – Masidi

Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengingatkan kepada semua pemimpin parti-parti politik supaya menumpukan kepada pembangunan negeri ini.

“Seperti mana andaian saya, semua pemimpin-pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah bersifat terbuka atau inklusif, apa yang penting kita ada usaha untuk menyatu padu semua kumpulan-kumpulan politik dalam negeri ini, seperti mana yg telah saya ingatkan berkali-kali masa kita berbelah sudah berakhir, sebaliknya bersatu untuk membangunkan negeri Sabah.

” Negeri kita terlalu jauh ketinggalan dibandingkan dengan negeri-negeri lain kerana kita banyak menggunakan masa kita yang lampau untuk berpolitik, barangkali kalau saya boleh anjurkan tumpukan perhatian kepada membangunkan negeri ini dan juga rakyat,” kata ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran GRS, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sementara itu, Masidi turut menjelaskan berkenaan kedudukan Presiden Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony dan partinya menjadi salah satu parti komponen dalam GRS.

“Saya menghormati proses undang-undang di negara ini, seperti yang kita tahu dalam proses undang-,undang, dia (Peter) masih ada peluang dua peringkat untuk merayu, atas andaian itu peluang beliau untuk tidak disabitkan kepada kesalahan terbuka luas dan kita tidak mahu membuat tanggapan-tanggapan negatif hanya kerana beliau disabitkan kesalahan diperingkat awal.

“Secara jujur, ini bukan sebab KDM, KDM hanya sebuah parti, Peter hanya seorang ketua parti KDM, kita mesti dapat membezakan itu, jadi saya tidak fikir ia memberi kesan kepada peluang parti KDM menyertai GRS,” katanya.

Pada Khamis lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, mendapati presiden KDM Datuk Peter Anthony bersalah atas pertuduhan memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menyentuh mengenai Majlis Pelancaran GRS hari ini, Masidi menginginkan negeri ini menjadi sebuah negeri yang berdikari yang dapat menyelesaikan sendiri apa juga masalah yang timbul mengenai rakyat atau negeri.

‘Kita sudah mendengar ucapan-ucapan dari parti komponen GRS, jadi tiada lagi persoalannya. Kita tidak mahu bergantung seperti dulu, kita suda dewasa sepertinya sudah tentu kita inginkan negeri yang berdikari, itu sebabnya kita kata ‘buang tongkat’, kita tidak mau sentiasa dikuasai.

“Kita mahu berdiri di kaki sendiri untuk menyelesaikan masalah pembangunan kita dan sebagainya mengikut acuan kita sendiri sebagaimana Sarawak telah buat dan kita akan buat sepertinya, sudah tentunya mereka inginkan pemimpin-pemimpin ini bersatu di bawah naungan GRS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular