HomeIsu tempatan75 bekas pelatih IPG Kampus Kent Tuaran Tahun 1984-1986 hadir ke Majlis...

75 bekas pelatih IPG Kampus Kent Tuaran Tahun 1984-1986 hadir ke Majlis Reunion

Read Time:2 Minute, 15 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 75 orang bekas pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Tuaran, bagi sesi latihan tahun 1984 -1986 bertemu semula pada Majlis Reunion Keluarga Kent Unit 841 – 846 2022 yang berlangsung di Hotel Palace, pada Sabtu.(4 Jun)

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Harun Durabi berkata, majlis pertemuan yang dinanti-nantikan setelah puluhan tahun tidak bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan khususnya bekas pelatih IPG Kampus Kent Tuaran tahun 1984-1986, beliau yang juga salah seorang pelatih di kampus tersebut turut berbangga dengan kejayaan rakan-rakan beliau yang telah menjadi pendidik yang banyak mencurah bakti, mendidik dengan dedikasi kepada anak-anak samada di negeri ini ataupun di mana sahaja mereka berada.

  • Pembantu Menteri Pembangunan Luar Sabah, Harun Durabi (tengah) bergambar bersama guru-guru di majlis itu.
  • Reunion Keluarga Kent Unit 841-846

“Terima kasih, syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa (AJK) penganjur kerana berjaya melaksanakan majlis pertemuan ini dan kepada rakan-rakan, walaupun mengharungi lautan dan belantara, masa dan wang ringgit semata-mata mahu menemui rakan-rakan yang terpisah puluhan tahun… Sungguh indah sekali bertemu kita pada hari ini walaupun sudah di hujung senja.

“Didoakan moga-moga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan moga ada ruang dan waktu kita bersama lagi,” kata Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka dalam ucapan ringkasnya semasa merasmikan Majlis Reunion Keluarga Kent Unit 841 – 846 2022 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan RM5,000 untuk tabung Keluarga Kent Unit 841-846.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur Rabduneh Jalil berkata, majlis pertemuan ini merupakan kali ke-4 berjaya dilaksanakan selepas tiga majlis pertemuan yang diadakan pertama di Rest House Lohan Ranau , kedua di IPG Kent, ketiga di Hotel Tabung Haji , Kota Kinabalu dan sekarang di Hotel Palace, Kota Kinabalu.

Rabduneh berharap majlis ini dapat mengeratkan tali persahabatan dan persaudaraan dikalangan Kelas 841 – 846 disamping bertukar-tukar fikiran dan berbincang berkenaaan pendidikan masa kini serta perancangan kehidupan masing-masing.

“Tujuan kita mengadakan majlis yang bertemakan ‘hari ini kita bersahabat, esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat’, adalah untuk mengeratkan hubungan tali silaturrahim, mengimbau kembali kenangan bersama sambil merehatkan minda dengan harapan moga kita dapat meneruskan majlis seperti ini di masa akan datang,” katanya.

Selain acara santai menjamu selera bersama, pelbagai acara turut diadakan seperti tayangan video ‘kenangan’, bertukar-tukar hadiah, cabutan tiket bertuah dan persembahan karaoke.

Turut hadir Timbalan Pengerusi merangkap Presiden Majlis Guru Besar Sabah dan juga Ahli Majlis Tertinggi Guru Besar Kebangsaan, Kasbulah Mangun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular