HomeSukanKK City Borneo Half Marathon terima sambutan menggalakkan

KK City Borneo Half Marathon terima sambutan menggalakkan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Kejohanan larian Kota Kinabalu City Borneo Half Marathon edisi kedua tahun ini berjaya mendapat sambutan apabila disertai seramai 400 peserta dari dalam dan luar negeri Sabah.

Program yang dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu itu turut menarik minat penggemar sukan larian dari luar negara.

Acara itu turut membuktikan bahawa sektor ekonomi khususnya dalam bidang pelancongan negeri Sabah terus berada pada landasan yang tepat.

Presiden Kelab Larian Kinabalu (KRC) Datuk Dr Heng Aik Cheng berkata, penganjuran larian itu hanya dibenarkan disertai seramai 400 peserta sahaja.

Katanya, bagi kategori 10 kilometer (KM) hanya seramai 200 peserta dibenarkan manakala 200 peserta lagi dibenarkan menyertai kategori 21 KM ataupun ‘half marathon’.

“Pada kali ini seramai 400 peserta menyertai, jadi kita berusaha untuk memenuhkan bilangan tersebut kerana ramai pelari yang memerlukan sukan ini setelah melalui tempeh dua tahun dan ternyata sambutan amat menggalakkan.

“Kita juga merancang untuk mengadakan ‘Full Borneo Marathon’ pada tahun depan dan kita harap penyertaan boleh sampai 12,000 macam dahulu,” katanya.

Bagi pemenang acara 21 km kategori lelaki 16 hingga 45 tahun Wincentbert Latius mengakui acara berkenaan dapat memberi semangat dan latihan untuk penggemar sukan larian.

“Selepas dua tahun tiada acara sebegini, memang ada sedikit kelainan kerana lama tidak menyertai acara larian,” katanya.

Pemenang acara 10 km kategori wanita 16 hingga 45 tahun Shamiera Auther mahu acara larian terus diperbanyakkan bagi memeriahkan acara sukan larian khususnya di Kota Kinabalu.

“Harapan saya agar acara larian seumpama ini diperbanyakkan lagi kerana saya perasan sekarang banyak pelari membuat aktiviti larian sekitar Kota Kinabalu,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Abidin Madingkir dan turut dihadiri Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip.

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular