HomeIsu tempatanTawau lokasi cerap fenomena Gerhana Matahari Hybrid 

Tawau lokasi cerap fenomena Gerhana Matahari Hybrid 

Read Time:1 Minute, 12 Second

TAWAU: Penduduk Sabah khasnya di daerah ini, berpeluang menyaksikan keunikan fenomena Gerhana Matahari Hybrid, pada April tahun depan.

Memetik Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari, berkata daerah Tawau dikenal pasti sebagai lokasi strategik gerhana matahari separa pada tahun depan bagi Malaysia.

Katanya, daerah ini menjadi lokasi terbaik untuk mencerap atau meneropong gerhana matahari pada 20 April 2023 selepas kali terakhir fenomena sama berlaku pada 2019.

“Tarikh ini adalah dua hari sebelum sambutan Aidilfitri dan lokasi Pantai Timur Sabah, terutama daerah Tawau, mengalami fenomena gerhana matahari separa dengan kenampakkan litupan sebanyak 42.79 peratus berbanding tempat-tempat lain di Malaysia lapor portal Berita Harian.

“Gerhana Matahari Hybrid ini jarang berlaku iaitu ketika dunia akan mengalami fenomena gerhana matahari penuh, gerhana matahari anulus (cincin) dan gerhana matahari separa,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Penutupan Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah, yang disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Yakub Khan.

Mengulas mengenai program itu, Anita berkata, Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah adalah langkah pertama ke arah menyemarakkan kefahaman astronomi kepada orang ramai selain sebagai pemangkin kepada agenda sains angkasa negara.

Sementara itu, Yakub berkata, berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 15,000 pengunjung terhadap program itu, kementeriannya berhasrat meneruskan program sama ke Bahagian Pantai Barat Sabah, pada Julai atau Ogos depan.

“Saya yakin dengan kerjasama antara Planetarium Negara dan KSTI, program ini dapat memberi ilmu, selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa mengenai kepentingan bidang sains, khususnya astronomi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular