KOTA KINABALU – Sabah FC mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan Sri Pahang FC 2-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam ini.
Dua jaringan skuad Rhinos bermula dengan Neto Pessoa pada minit ke-10 diikuti jaringan Taiki Kagayama di minit ke-18 menyaksikan tuan rumah menungguli separuh masa pertama 2-0.
Tok Gajah kendalian pengendali dari Perancis, Christophe Gamel cuba bangkit pada babak kedua akhirnya berjaya mengurangkan defisit menerusi sepakan penalti Manuel Hidalgo pada minit ke-60.
Keputusan di Likas itu menyaksikan anak buah Datuk Ong Kim Swee memintas penyandang juara Johor Darul Ta’zim (JDT) di tangga teratas liga dengan berkelebihan dua mata selepas mengharungi lapan perlawanan – dua perlawanan mengatasi skuad Harimau Selatan bimbingan Benjamin Mora.