HomeUtamaAnifah Aman nafi terima wang dari UKSB, sedia disiasat pihak berkuasa. 

Anifah Aman nafi terima wang dari UKSB, sedia disiasat pihak berkuasa. 

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU — Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini menafikan pernah menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mahupun David Tan dan terkejut dengan laporan di dalam kes membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini. 

Menurutnya sebagai Menteri luar, beliau sememangnya  berjumpa dengan ramai orang namun menafikan bahawa beliau pernah berjumpa dengan David Tan ataupun menerima wang daripada individu ini mahupun UKSB.

‘ Saya juga tidak tahu siapakah individu ini, dan tidak pernah membuat sebarang urusan dengan beliau di dalam apa jua cara sekalipun”

‘ demi membersihkan nama baik saya, Saya bersedia dan akan membantu sebarang siasatan yang dilakukan pihak berkuasa di dalam perkara ini tegas Presiden Parti Cinta Sabah itu di dalam satu kenyataan malam ini. 

Nama beliau bersama  Khairy, Reezal, Hishammuddin dan juga Muhyiddin serta Shafie Apdal  telah direkodkan dalam lejar pembayaran UKSB dan laporan forensik SPRM. 

Nama mereka muncul semasa perbicaraan ketika bekas pengurus pentadbiran syarikat itu David Tan memberi keterangan.

Tan dalam keterangannya juga mendakwa UKSB membuat pembayaran berjumlah RM1.3 juta kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin antara Jun dan Ogos 2018 ketika dia menjadi menteri dalam negeri.

Dan semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berkata badan itu akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya