HomeSukanJose Embalo sandaran Sabah FC mantapkan bahagian serangan

Jose Embalo sandaran Sabah FC mantapkan bahagian serangan

Read Time:1 Minute, 24 Second

KITA KINABALU: Pemain import baharu The Rhinos, Jose Embalo bakal menjadi sandaran Sabah FC bagi mengemudi bahagian serangan selepas ianya sah menyertai pasukan itu bagi menggantikan Neto Pessoa.

Pemain berasal dari Portugal itu turut mempunyai pengalaman beraksi di beberapa Liga Eropah dan mampu mencipta nama sebagai penyerang sensasi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, keputusan menggantikan Neto Pessoa selepas prestasi Neto kelihatan sedikit menurun selepas mengalami kecederaan yang mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Katanya walaupun Neto berjaya menjaringkan gol ketika menentang Sri Pahang FC tetapi secara keseluruhan terdapat beberapa sudut lain yang turut menyebabkan beliau terpaksa ditukar dalam jendela perpindahan bagi memantapkan lagi jentera bahagian serangan.

“Kita tidak mengatakan Neto begitu ketara kehilangan ataupun prestasi yang menurun, tetapi kita perlu memastikan semua pemain terutamanya para pemain import perlu berada pada tahap yang cukup baik untuk bermain bersama Sabah FC.

“Kita harus memikirkan apakah langkah seterusnya, jadi saya membuat keputusan untuk menukarkan Neto kepada Embalo. 

“Embalo sudah memulakan sesi latihan bersama Sabah FC. Kita yakin Embalo akan memberikan kesan besar dalam Sabah FC khususnya di bahagian serangan,” katanya. dalam kenyataan di sini hari ini.

Kim Swee berkata, Embalo berpengalaman bermain dalam banyak liga di Eropah dan berharap dapat memberikan kelebihan kepada Embalo untuk segera menyesuaikan diri dengan rentak permainan pasukan selain keserasian bersama-sama rakan sepasukan.

“Kita perlu bagi sedikit masa kepada Embalo….Untuk perlawanan dengan Selangor FC, Embalo tidak akan diturunkan kerana beliau baharu sahaja tiba.

“Kita mempunyai beberapa hari lagi untuk memastikan Embalo berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum kita bersedia menurunkan Embalo dalam perlawanan dengan Selangor FC mahupun Negeri Sembilan FC nanti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya