HomeUtamaLelaki tikam ibu kandung di Paya Luboh positif  dadah jenis syabu 

Lelaki tikam ibu kandung di Paya Luboh positif  dadah jenis syabu 

Read Time:57 Second

CYBERJAYA : Suspek yang menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka baru-baru ini, disahkan positif syabu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ujian saringan air kencing mendapati, lelaki berusia 38 tahun itu yang juga anak sulung mangsa positif methamphetamine.

“Pemeriksaan di tempat tinggal suspek bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dadah. Hasil ujian air kencing yang dilakukan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi, kita mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia

Dalam pada itu, suspek direman tujuh hari bermula semalam (Rabu) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah reman sehingga 12 Jun dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sinin.
Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.45 pagi diiringi anggota polis.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang, mang­sa, Roziah Md. Dom, 63, ditikam di leher kanan dan kiri oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur.

Pesara guru itu ditemui berlumuran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik kepada suspek.

Susulan kejadian itu, anak sulung daripada lima beradik tersebut ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif bagi meningkatkan SSL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya