HomeUtamaBekalan telur ayam stabil di Sabah - Jeffrey Kitingan

Bekalan telur ayam stabil di Sabah – Jeffrey Kitingan

Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Perikanan memberi jaminan kepada pengguna bahawa bekalan telur ayam di Sabah kekal stabil dan mencukupi.

Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kementeriannya melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) baru-baru ini memantau operasi ladang ayam, khususnya ladang telur ayam utama di Sabah.

“Majoriti ladang melaporkan kepada jabatan bahawa mereka tidak menghadapi masalah untuk memenuhi permintaan pengguna di Sabah.

“Dalam erti kata lain, bekalan telur ayam di Sabah kekal stabil, dan bilangan telur yang dihasilkan kekal sama seperti sebelum ini. Kerajaan juga telah mengenakan kawalan harga yang ketat ke atas produk itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey berkata, mungkin terdapat peningkatan dalam permintaan terhadap telur ayam kerana ia merupakan sumber protein yang paling murah.

Ini boleh menjelaskan mengapa sesetengah pengguna melaporkan kesukaran untuk membeli produk di beberapa tempat di Sabah.

Beliau menyatakan bahawa kementeriannya sedang mencari langkah untuk membantu sektor swasta memenuhi permintaan yang meningkat di samping mengurangkan harga sumber protein lain, khususnya daging ayam dan daging babi.

“Masalahnya, walaupun harga ayam dan daging babi ditentukan oleh kementerian Sabah, kita tetap perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan DVS di peringkat persekutuan, seperti menerima hanya barangan keluaran rumah penyembelihan yang diiktiraf DVS persekutuan.

“Bagi menangani isu ini, saya telah mengesyorkan penubuhan pasukan petugas khas keselamatan makanan. Kita mesti mencari jalan untuk mengurangkan import makanan dengan meningkatkan pengeluaran tempatan, bukan sahaja ayam atau daging babi, tetapi juga beras dan gandum.

“Selain itu, kita harus menuntut penurunan kuasa DVS persekutuan kepada DVS Sabah supaya kita boleh membuat keputusan sendiri dan mengembangkan senarai rumah penyembelihan luar negara yang boleh diterima untuk menambah daging ayam dan daging babi keluaran tempatan kita.

“Saya percaya dengan berbuat demikian, kita dapat meringankan masalah kenaikan harga makanan dan meringankan beban rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPLB Sabah diminta kemaskan pentadbiran Pejabat Daerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular