Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Kinabatangan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:34 Second

KINABATANGAN : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di Sungai Kinabatangan dekat Kampung Batu Puteh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa telah dilaporkan melakukan aktiviti mandi  sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.05 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan, seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dihantar ke lokasi berkenaan bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Ketika ini, SAR sedang giat dijalankan. Namun mangsa belum ditemui. Sebarang perkembangan dari semasa ke semasa akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *