Tourism Malaysia Sabah, KBBS kerjasama wujudkan panduan melihat burung

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 19 Second

SANDAKAN : Tourism Malaysia (TM) Sabah menjalin kerjasama dengan Kelab Burung Borneo Sandakan (KBBS) bagi mewujudkan panduan melihat burung terbaharu di Sabah.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah Ednie Rahman Ab Rahim berkata, ianya adalah bersempena Pesta Burung Borneo 2022 yang akan berlangsung di Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC) Sepilok disini pada Oktober depan.

Katanya, panduan itu turut mengetengahkan semua lokasi burung yang popular di sekitar negeri ini.

“Antara lokasi yang popular termasuklah Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu; lembangan banjir Kinabatangan; Lembah Danum; Tabin dan Sepilok.

“Panduan itu turut menyediakan maklumat tentang setiap tapak, burung yang boleh dilihat dilokasi terbabit, laluan, tempat penginapan dan cara untuk ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ednie berkata, Sabah merupakan antara salah satu destinasi burung yang paling popular di negara ini dimana selama ini Lembaga Pelancongan dan masyarakat tempatan telah mebangunkan infrastuktur yang sangat baik.

Katanya, ia adalah bagi memenuhi keperluan pencinta alam sekitar, pencari burung dan jurugambar burung.

“Kemuncak pesta ini ialah aktiviti melihat 66 spesies burung endemik yang ditemui di negeri ini.  Spesies yang hanya terdapat di Borneo, seperti Bornean Bristlehead, Blue headed Pitta, Bornean Ground-cuckoo, Whitehead’s Trogon, Whitehead’s Spiderhunter dan Crimson Keaded Wood Oatridge,” katanya.

Menurutnya, perkara berkenaan tepat pada masanya kerana berguna untuk peminat burung yang mengambil bahagian dalam pesta itu selain dapat menghasilkan pendapatan pelancongan yang tinggi serta merancakkan lagi ekonomi Sabah.

“Dengan panduan aktiviti melihat burung yang baharu dan bertenaga ini, pencinta burung dan pencinta alam boleh merancang dengan mudah kawasan mana yang mereka ingin lawati.

“Inisiatif berkenaan dijayakan oleh ahli-ahli Kelab Burung Borneo Sandakan dan Tourism Malaysia Sabah,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *