HomeUtamaKerajaan Negeri beri perhatian serius tangani isu pencerobohan hutan bakau di Sabah

Kerajaan Negeri beri perhatian serius tangani isu pencerobohan hutan bakau di Sabah

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri komited memberi perhatian serius dalam menangani isu pencerobohan hutan bakau di negeri Sabah terutamanya di Pantai Timur perlu kerjasama semua pihak termasuk penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Suhaimi Nasir berkata, Hutan Simpan Bakau adalah khazanah negeri yang harus dilindungi bagi memastikan hutan simpan ini serta ekosistem bakau yang produktif dengan pelbagai fungsi dapat dikekalkan.

“Penduduk setempat perlu memainkan peranan dalam memastikan pencerobohan hutan simpan bakau ini tidak berlaku. Hutan bakau menjadi sasaran aktiviti pencerobohan terutamanya bagi aktiviti pengambilan kulit tangar (bakau) kerana kualiti dan keadaan dirian hutan bakau di Sabah adalah padat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain itu, beliau berkata kedudukan geografi dan persekitaran negeri Sabah yang berdekatan dengan negara jiran yang menyebabkan penceroboh berani untuk menjalankan aktiviti haram ini, kerana mudah untuk mereka meloloskan diri ke perairan antarabangsa sekiranya dikejar oleh pihak penguatkuasa.

Suhaimi juga diberitahu oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dimana kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah telah menjalankan beberapa operasi bersepadu bersama agensi-agensi kerajaan seperti Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan lain-lain agensi lagi bagi membendung kegiatan pencerobohan hutan simpan bakau.

“Ketua Menteri turut memberitahu dimana sebanyak 25 operasi bersepadu di kawasan hutan bakau telah pun dijalankan sejak tahun 2015,” katanya dalam pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, khamis.

Beliau berkata sebanyak 364 kes tangkapan telah dibuat dimana dari jumlah itu seramai 181 orang telahpun dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Dalam pada itu, Suhaimi turut kemukakan soalan lisan kepada Hajiji selaku Menteri Kewangan, adakah kerajaan negeri akan merangka pelan strategi menerusi Bajet 2023 ekoran kesan kadar inflasi negara walaupun tidak berada pada paras yang tinggi berbanding negara jiran.

Hajiji memberitahu oleh kerana itu melibatkan isu nasional, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong tindakan dan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi menangani krisis ekonomi demi menjaga kepentingan rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya