HomeUtamaTiga peserta wakili negara ke Pertandingan Kuiz ASEAN peringkat Rantau

Tiga peserta wakili negara ke Pertandingan Kuiz ASEAN peringkat Rantau

Read Time:2 Minute, 12 Second

PUTRAJAYA: Tiga peserta berjaya diumumkan sebagai pemenang utama Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 yang akan mewakili negara ke Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Rantau yang dijangka akan diadakan di Myanmar penghujung tahun ini.

Peserta Sabah, Sky Broxlyne Roy Maxwill yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau diumumkan sebagai Johan pertandingan bagi kategori murid sekolah.

Sky, juara Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022

Manakala, George Loh Ing Won mewakili SMK Methodist, Sarawak di tempat kedua dan Muhammad Adam Haiqal Shaari Ismail dari Sekolah Menengah (SM) Sains Kuala Terengganu, Terengganu di tempat ketiga.

Masing-masing pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM2,500, RM1,500 dan RM1,000 berserta sijil dan trofi.

Sesi Live Quiz bersama Top 20

Selain itu, tempat keempat dimenangi Abbel Sinusi dan Sahana Nair a/p Ravi di tempat kelima yang juga mewakili SMK Mat Salleh Ranau

Seramai 20 peserta (Top 20) dalam Kategori Murid Sekolah telah bertanding dalam Sesi Live Quiz sempena Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022.

Sesi tersebut dilaksanakan pada 20 Julai secara dalam talian melibatkan 20 peserta akhir yang telah mendapat markah tertinggi dan masa terpantas dalam pertandingan yang telah dilaksanakan pada 1 hingga 30 Jun lalu.

Majlis penutupan disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia Hashim Bedu.

Hashim berkata, pertandingan itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan khususnya dalam kalangan murid sekolah.

“Jumlah penyertaan bagi Kategori Murid Sekolah pada tahun ini adalah seramai 36,508 iaitu peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding 25,595 penyertaan pada tahun 2020. Dimaklumkan bahawa, jumlah keseluruhan penyertaan pada tahun ini adalah sebanyak 54,796 iaitu peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding 47,091 pada tahun 2020,” katanya.

Untuk rekod, Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 telah berlangsung pada 1 hingga 30 Jun lalu melibatkan dua kategori iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Murid Sekolah.
Pemenang bagi Kategori Terbuka, Johan telah dimenangi oleh Mohammad Fakkrudin Hasani dari Kedah, Naib Johan Siti Aishah Abdul Rahman dari Pahang dan ketiga Gobinath Nair a/l Ravi dari Sabah. Ammielyya Jusnieza Ahmad Jafri dari Negeri Sembilan dan di tempat kelima Ashwin Asokan dari Selangor.

Pertandingan ini merupakan acara dwi-tahunan yang diadakan secara berkala di bawah kalendar ASEAN-COCI (Committee of Culture and Information) – yang merupakan antara badan di bawah ASEAN.

Kuiz ini telah memasuki edisi ke-10 penganjurannya pada tahun ini, setelah berjaya dilaksanakan sejak tahun 2002.

Antara objektif Kuiz ASEAN ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta, di samping bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia terhadap aspek kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial negara-negara ASEAN.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya