HomeIsu tempatanCubaan seludup 646 minyak masak paket gagal

Cubaan seludup 646 minyak masak paket gagal

Read Time:1 Minute, 8 Second

SEMPORNA : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 646 minyak masak paket bersubsidi di perairan Semporna di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, sebuah bot berwarna biru tanpa nombor pendaftaran dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan di lokasi sekitar 0.7 Batu Nautika Barat Daya Kampung Labuan Haji.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, sebaik menyedari kehadiran bot penguatkuasa, suspek telah bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot menemui 646 minyak masak paket bernilailebih kurang RM1615.

“Keseluruhan rampasan meliputi sebuah bot, sebuah enjin sangkut, dan kesemua minyak masak yang cuba diseludup dianggarkan bernilai lebih kurang RM11,615,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Norrimi berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak masak tanpa cukai.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan ini.

“Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan ‘hot spot’ terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan PATI ke negeri Sabah melalui jalan laut.

“Maritim Malaysia menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya