HomeIsu tempatanUsaha mencari nelayan hilang masih diteruskan

Usaha mencari nelayan hilang masih diteruskan

Read Time:1 Minute, 17 Second

KUDAT : Seorang nelayan yang disyaki jatuh laut di sekitar perairan Kalampunian Kudat di sini kelmarin masih belum ditemui.

Operasi Carilamat diaktifkan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Kota Kinabalu pada jam 12.15 tengah hari semalam selepas menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Kudat berhubung kejadian seorang nelayan yang dikhuatiri jatuh laut.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, pihaknya menerima maklumat melalui laporan polis yang dibuat oleh isteri mangsa.

Katanya, pengadu memaklumkan suami beliau, Abdul Rahman Sabran,55, telah keluar menangkap ikan pada jam 4 petang rabu lalu.

“Walaubagaimanapun, lebih kurang jam 8 pagi semalam, beliau telah dimaklumkan oleh penduduk kampung yang telah menemui bot mangsa hanyut tanpa mangsa di posisi lebih kurang 0.8 batu nautika Pulau Kalampunian, Kudat.

“Bot ronda Maritim Malaysia yang berpangkalan dari Zon Maritim Kudat segera diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian awal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, operasi Carilamat turut dibantu oleh aset-aset daripada agensi sahabat yang lain iaitu, Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, sehingga jam 6 petang semalam, mangsa masih belum ditemui dan tiada sebarang petanda positif yang ditemui oleh aset-aset yang terlibat.

“Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan disambung semula awal pagi hari ini.

“Maritim Malaysia memohon kerjasama daripada komuniti maritim khususnya diperairan Kudat yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk disalurkan ke talian 088-611858 (Pusat Operasi Zon Maritim Kudat) atau talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya