HomeUtamaTLDM,ESSCOM kerjasama tingkat keselamatan perairan Sabah

TLDM,ESSCOM kerjasama tingkat keselamatan perairan Sabah

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kerjasama erat  yang terjalin antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)  mampu meningkatkan keselamatan perairan negeri ini.

Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Sazalee Shoib berkata, untuk menjaga perairan negeri ini, TLDM dan beberapa agensi lain terlibat dalam menjaga kedaulatan perairan di Sabah.

“ESSCOM merupakan antara agensi yang turut bekerjasama dengan TLDM dalam menjaga beberapa perairan dan kawasan yang terlibat.

“Pada masa yang sama, TLDM turut terlibat dalam operasi bersama pihak ESSCOM yang mana markas angkatan bersama di bawah Pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) yang berada di Tawau turut bertanggungjawab menjaga kawasan-kawasan perairan ini,” katanya,

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Sazalee berkata, dengan adanya kolaborasi  itu, pihaknya  percaya keselamatan perairan negeri ini akan terus terpelihara daripada pencerobohan.

Katanya, kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada Tun Juhar mengenai pelantikan beliau sebagai  Panglima Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Sandakan yang baharu berkuatkuasa pada 13 Mei yang lalu.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Asisten Ketua Staf Peperangan (AKS N5) Markas Wilayah Laut 2, Kepten Mohamad Hasli Abu Hassan TLDM.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya