HomeUtamaDua syarikat penerbangan China sambung semula operasi selepas pembukaan sempadan

Dua syarikat penerbangan China sambung semula operasi selepas pembukaan sempadan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR : Dua buah syarikat penerbangan China dijangka akan menyambung semula operasi penerbangan terus ke Sabah sejurus selepas sempadan negara itu dibuka sepenuhnya kelak.

Dua syarikat penerbangan itu adalah China Southern Airlines dan China Eastern Airlines.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Arifin berkata, kedatangan pelancong asing terutama dari China penting bagi membantu merancakkan lagi aktiviti pelancongan Sabah seperti sebelum berlakunya penularan wabak COVID-19.

Katanya, bagi tahun 2018, Sabah telah menerima seramai 593,623 pelancong China manakala tahun 2019, Sabah turut menerima seramai 598,566 orang pelancong dari negara terbabit sebelum Kerajaan Negeri mengenakan sekatan perjalanan berikutan penularan wabak COVID-19.

“Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai pelancong dari China akan kembali melawat Sabah sekaligus membantu memulihkan sektor pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan bersama Eric Wang, Pengurus Besar, China Southern Airlines, Pengurus Besar China Eastern Airlines Lu Jing, Pengurus Besar China Air Yin Jian Min dan Gao Yashuang daripada Xiamen Airlines di Westin Hotel Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Sr Mohd Yusrie Abdullah serta kakitangan daripada Sabah Tourism Board.

Jafry berkata, antara reaksi positif yang diterima adalah pelancong China tidak sabar untuk pembukaan semula sepenuhnya sempadan antarabangsa mereka dan kembali melancong ke negeri Sabah.

“Walau bagaimanapun, pembukaan sempadan bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Had laju diubah, kurangkan risiko kemalangan di Jalan Lintas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya