COVID-19 : Sabah kembali catat jangkitan melepasi paras 300 kes

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU : Kes jangkitan COVID-19 di Sabah kembali melonjak naik melepasi paras 300 kes apabila merekodkan sebanyak 315 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan pertambahan 34 kes berbanding sebelumnya dimana kali terakhir Sabah melaporkan kes harian melebihi paras 300 adalah pada 30 Mac yang lalu.

“Lebih banyak daerah mencatatkan peningkatan kes baharu yang tinggi. Antaranya ialah Tuaran 41 kes (+22), Kota Kinabalu 84 kes (+16), Putatan 26 kes (+11), Sandakan 39 kes (+8), Lahad Datu 11 kes (+7) dan Tenom 7 kes (+5).

“Hanya tiga daerah merekodkan penurunan ketara iaitu Penampang 20 kes (-18), Beaufort 5 kes (-9) dan Kunak 0 kes (-6),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Masidi berkata, tiga daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu sepanjang 24 jam yang lalu berbanding satu daerah sahaja semalam.

Katanya, sebanyak lapan daerah mencatatkan kes dua angka dan 16 daerah mencatatkan kes satu angka.

“Sebanyak 309 daripada 315 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, masing-masing satu kes dalam Kategori 3 dan Kategori 5 serta empat kes dalam Kategori 4,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *