HomeIsu tempatanPasar Pekan Inanam dicalonkan dalam Kempen Pasar Awam Bersih PBT 2022

Pasar Pekan Inanam dicalonkan dalam Kempen Pasar Awam Bersih PBT 2022

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah memilih Bangunan Pasar Pekan Inanam untuk dicalonkan dalam Kempen Pasar Awam Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2022.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, kempen itu merupakan anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Bagi memastikan kebersihan dan keteraturan Pasar Pekan Inanam, Sesi Libat Urus Penjaja Bersama Mayor telah diadakan pada 08 Jun lalu dan seterusnya Program Gotong Royong di Pasar Pekan Inanam sempena Kempen Pasar Awam Bersih telah diadakan pada 23 Jun dan 13 Julai lalu.

“Skop pembersihan termasuklah pembersihan parit di dalam dan luar bangunan pasar dan keteraturan dalam pasar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorliza berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua penjaja Pasar Pekan Inanam, agensi-agensi luar dan Jabatan DBKK yang terlibat dalam menjayakan program-program tersebut.

“Diharapkan objektif kempen ini tercapai dan seterusnya menjadikan Pasar Pekan Inanam sebagai salah satu pasar contoh di bandar raya Kota Kinabalu, ” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot tunda tangkap ikan di zon larangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular