HomeUtamaJawatankuasa pengurusan bencana diaktifkan di Sabah, Sarawak

Jawatankuasa pengurusan bencana diaktifkan di Sabah, Sarawak

Read Time:44 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan, dan diarahkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan, susulan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi catatan di Facebook memaklumkan arahan itu dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan Waspada (Kuning) dikeluarkan MET Malaysia untuk beberapa kawasan di Sarawak iaitu Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 11 malam tadi turut melibatkan Labuan serta beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat dan Kudat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah telah diarah untuk diaktifkan, dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

“NADMA melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal,” menurut catatan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular