HomeIsu tempatan3 maut 1 cedera parah, kemalangan di flyover Luyang

3 maut 1 cedera parah, kemalangan di flyover Luyang

Read Time:1 Minute, 25 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu melanggar tiang ‘flyover’ Jalan Lintas, Luyang dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketiga-tiga mangsa anak-beranak yang maut terbabit dalam kemalangan itu warga Filipina iaitu seorang bapa berusia 44 tahun (pemandu) bersama dua orang anaknya, seorang lelaki, 16, dan seorang perempuan, 11 manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun merupakan anak saudara pemandu mengalami cedera parah.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 11.24 malam tadi (5 Ogos 2022) semasa mangsa memandu kenderaan jenis pick-up Nissan Navara bersama anak-anaknya serta seorang anak saudaranya daripada Angkasa Apartment, Rampayan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) melalui Jalan Lintas, Luyang. Apabila sampai di Jalan Lintas selepas melalui jalan berdekatan simpang Klinik Luyang, kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebuah tiang besar flyover berdekatan.

“Akibat perlanggaran tersebut, anak lelakinya tercampak keluar daripada kenderaan, manakala bapa dan anak perempuannya tersepit di dalam kenderaan.

“Ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan pada jam 11.42 malam oleh pegawai perubatan, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) manakala mangsa anak saudaranya mengalami kecederaan parah di kepala dan sedang menerima rawatan rapi di Zon Merah HQE ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaidi, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu (mangsa) sendiri yang memandu dengan melulu di permukaan jalan yang licin akibat hujan sehingga menyebabkan kematian kepada diri sendiri dan penumpang yang lain. Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987 arahan KBSPT.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya