HomeUtamaDr Joachim lawat kilang IR4.0 di Selangor

Dr Joachim lawat kilang IR4.0 di Selangor

Read Time:1 Minute, 9 Second

SELANGOR: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah melawat kilang memproses makanan Hexa Food Sdn. Bhd di Shah Alam dalam lawatan kerjanya di sini pada Isnin.

​L​awatan ​itu bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti industri yang dijalankan oleh kilang dan teknologi yang boleh dikongsikan bersama ​kepada​ kilang-kilang ​yang terlibat dalam industri yang sama di Sabah.

Beliau bersama rombongannya telah diberikan taklimat mengenai operasi syarikat tersebut.

Presiden Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Sabah, James Ha yang turut serta dalam lawatan itu berkata, Hexa Food merupakan sebuah syarikat yang melaksanakan teknologi Industrial Revolution 4.0 (IR4.0).

“Kita ingin melihat bagaimana IR4.0 mengurus dan membantu syarikat ini daripada permulaan yang sederhana kepada syarikat pengeluaran automatik terkini yang memenuhi pasaran domestik dan eksport,” katanya.

Hexa Food Sdn​.​ Bhd​.​ ialah sebuah syarikat pengeluar makanan tempatan​ yang mengeluarkan lebih seratus jenis rempah ratus, herba, perasa, pracampuran sedia untuk dimasak dan bahan perapan.

Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada kakitangan MID dengan kerjasama FMM kerana telah menjayakan lawatan kerja ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan; CEO POIC Sabah Sdn Bhd, Datuk Fredian Gan; Pengarah Urusan Sabah Ports Sdn Bhd, Datuk Ng Kiat Min; Presiden FSI, Richard Lim serta pegawai-pegawai MID.

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya