HomeIsu tempatanUPPM,JPKK perlu jalin kerjasama agar seiring dengan matlamat pembangunan masyarakat

UPPM,JPKK perlu jalin kerjasama agar seiring dengan matlamat pembangunan masyarakat

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU : Kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) diseru untuk terus memberikan komitmen serta menjalinkan kerjasama dengan pemimpin akar umbi.

Pengarah UPPM negeri Sabah Datuk Matbali Musah berkata, ini termasuklah bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar gerak kerja seiring dengan matlamat pembangunan masyarakat di negeri ini.

“Peranan dan kerjasama yang dijalankan kedua-dua amat diperlukan agar setiap perancangan dan maklumat setempat dapat diselaraskan.

“Usaha ini seiring dengan perlaksanaan dan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan UPPM Dewan Undangan Negeri (DUN Lumadan di ibu pejabat UPPM Negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini semalam.

Matbali turut sentiasa menekankan perkara sedemikian pada setiap Kali perjumpaan yang diadakan bersama kakitangan di kawasan ketika program lawatan kerja ke UPPM setiap DUN diadakan.

Terdahulu, pertemuan dengan kakitangan UPPM Lumadan itu diketuai Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dioslin Alieen Augustine dan turut disertai seramai 14 orang staf kawasan itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya