HomeSukanBerlatih dengan fasiliti serba kekurangan bukan halangan untuk raih kejayaan dunia

Berlatih dengan fasiliti serba kekurangan bukan halangan untuk raih kejayaan dunia

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU : Kelab Tambuakar Muaythai Papar mahu terus mencari dan melatih bakat-bakat baharu dalam bidang sukan MuayThai yang bertaraf dunia meskipun berdepan cabaran.

Ketua Jurulatih Kelab Tambuakar Muaythai Papar Rozaimi Ahad berkata, berlatih dengan fasiliti yang serba kekurangan selain kurangnya dana bukan halangan untuk kelab mereka menarik lebih ramai pengemar MuayThai khususnya golongan muda.

“Kita telah menyertai dua kejohanan MuayThai dunia yang berlangsung di Sunway City Selangor bermula 9 Ogos lalu dan kita telah berjaya mencapai satu kejayaan besar dan memberangsangkan.

“Dari lapan atlet yang menyertai, kita berjaya membawa balik enam pingat iaitu satu emas; satu perak dan empat gangsa masing-masing menerima kejohanan IFMA World Grandslam dan IFMA Youth World Championship.  Mereka semua bertemu dengan peserta antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.

Rozaimi berkata, beliau amat berpuas hati dan terharu dengan persembahan serta komitmen yang ditunjukkan pada atlet yang berjaya membawa pulang pingat seterusnya membanggakan negeri Sabah.

“Bagi pihak kelab, saya turut berharap aka nada pihak yang melihat potensi dan bakat anak-anak ini yang perlu kita bantu selain memberi pendedahan yang banyak diperingkat luar lagi,” katanya.

Kelab Tambuakar Muaythai Papar tiba di KKIA di sini hari ini

Sementara itu, Rozaimi mengakui pihaknya berdepan kekangan dari segi fasiliti latihan selain kelengkapan termasuk dana bagi menyertai kejohanan yang dianjurkan.

“Bagaimanapun, bagi kami itu bukan halangan.  Dengan kerjasama, keikhlasan dan kerja berpasukan kita sesama keluarga akhirnya kita dapat mencari dana untuk menghantar anak-anak ini ke mata dunia khususnya anak jati daerah Papar.

“Perancangan kami selepas ini akan memberi fokus kepada Sukan Sabah (SAGA) dan Sukan Malaysia (SUKMA), saya bersama presiden kelab akan terus berjuang untuk menaikkan lagi imej sukan ini khususnya di Sabah,” katanya.

Pemenang pingat emas IFMA Grandslam Dunia Jezzevelle Myora Jerry,14, mengakui terkejut dan tidak menyangka untuk meraih pingat pada kejohanan itu.

Jezzevelle Myora Jerry

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Jospeh Papar itu berdepan dengan peserta yang mewakili Arab Saudi pada peringkat akhir kejohanan.

“Dari segi cabaran, saya akui memang ada takut namun dengan sokongan dari jurulatih dan rakan-rakan memperkuatkan lagi semangat saya untuk bertanding,” katanya.

RELATED ARTICLES
Sukan

280 peserta sertai ‘Tropical Rainforest Run 2024’ Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular