HomeUtamaKKM Perjelaskan Salah Tafsir Kenyataan Bertajuk ‘Healthcare is Colour Blind

KKM Perjelaskan Salah Tafsir Kenyataan Bertajuk ‘Healthcare is Colour Blind

Read Time:42 Second

Kenyataan perenggan pertama dalam kenyataan media oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bertajuk healthcare is colour blind bukan pendirian Kementerian Kesihatan (KKM).

Sebaliknya, ia merupakan petikan yang dibuat oleh Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia menerusi keratan akhbar tersebut, kata Ketua Setiusaha KKM, Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Menurutnya, KKM ingin menjelaskan kekeliruan dan salah tafsiran berkaitan kernyataan tersebut dan menolak unsur perkauman dan keagamaan dalam pemilihan dan pelantikan pegawai perubatan secara tetap.

“Penjelasan KKM mengenai isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua persatuan berkenaan dibuat mulai perenggan kedua dalam kenyataan media tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penjelasan itu dapat memperbetulkan kekeliruan dan salah tafsiran semua pihak mengenai ketelusan dan integriti KKM dalam menguruskan pelantikan secara tetap Pegawai Perubatan yang selama ini dibuat berasaskan merit dan prestasi semasa latihan siswazah.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya