HomeUtamaMRS mulakan operasi pelesenan muzik tempatan negeri Sabah

MRS mulakan operasi pelesenan muzik tempatan negeri Sabah

Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Music Right Sabah (MRS) bakal menjadi sebuah badan yang akan memperjuangkan hak pengkarya tempatan seni khususnya yang melibatkan muzik dan lagu tempatan Sabah dan Labuan.

Pengarah Urusan Music Right Sabah Berhad, Asmin Mudin berkata, badan itu juga bertanggungjawab untuk mengutip royalti melalui operasi pelesenan dan mengagihkan royalti kepada ahli-ahlinya secara tahunan.

Katanya MRS merupakan sebuah Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) yang telah diisytiharkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 7 Januari lalu di bawah Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) dan Peraturan-Peraturan Hak Cipta (Badan Pelesenan) 2012.

Pengarah Urusan Music Right Sabah Berhad, Asmin Mudin

“Menerusi pengisytiharan ini, MRS diberi hak mentadbir urus bagi pihak ahli-ahlinya yang merangkumi hak Karya Muzik, Rakaman Bunyi dan Persembahan Pelaku melibatkan muzik dan lagu etnik tempatan Sabah di Wilayah Sabah dan Labuan.

“Ahli MRS terdiri daripada penggiat seni Sabah dan Labuan, yang merangkumi tujuh kategori antaranya komposer, penulis lirik, penyusun muzik, penyanyi, pemuzik, penerbit dan pembikin video muzik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Operasi MRS di sini semalam.

Asmin berkata, MRS turut memulakan operasi pelesenannya secara rasmi bermula semalam dengan melibatkan beberapa sektor seperti outlet / premis, single event dan new media.

Katanya,  operasi pelesenan MRS tertumpu kepada penggunaan muzik dan lagu etnik tempatan Sabah, yang dilaksanakan secara berperingkat di setiap sektor.

“Kita (MRS) berterima kasih kepada MyIPO kerana telah memberi pengisytiharan yang disifatkan MRS sebagai titik permulaan arena seni muzik Sabah menuju ke arah “industri seni muzik”.

“MRS amat berharap pihak kerajaan negeri Sabah dapat memberikan tumpuan sokongan dan bekerjasama dengan MRS. Secara sentimental, MRS merupakan hadiah buat para pengkarya etnik tempatan Sabah dan resolusi terbaik dalam meng”industri”kan seni muzik Sabah kerana ianya juga misi melestarikan bahasa etnik budaya tempatan dan identiti Sabah melalui muzik dan lagu,” katanya.

Katanya, pembudayaan ini diyakini akan dapat membantu kerajaan negeri Sabah mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, cadangan MRS supaya kerajaan negeri menggunapakai lagu-lagu etnik tempatan Sabah sebanyak 40 peratus di setiap acara anjuran kementerian dan agensi kerajaan akan memberi impak positif kepada seni muzik Sabah kerana ini dapat membuka peluang pekerjaan serta menjana pendapatan penggiat seni.

“MRS faham perkara ini (aktiviti pelesenan lagu etnik tempatan) masih baharu di Sabah dan Labuan, namun berharap ia akan menjadi satu “kebiasaan” kepada pengguna dan MRS akan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) secara telus, bersesuaian dengan mandat yang diberikan oleh ahlinya,” katanya.

Sementara itu, penggiat seni Sabah yang juga ahli MRS menganggap penubuhan badan tersebut sebagai satu berita gembira buat penggiat seni Sabah.

Bagi Komposer Tempatan Venitha Lojuti berkata, penubuhan MRS ini adalah satu penubuhan agensi yang telah ditunggu lama oleh artis – artis tempatan di negeri Sabah

“Ini kerana ramai artis-artis di negeri Sabah ini seperti yang kita tahu berbakat semua.  Tetapi bagaimana mereka menjana duit dari bakat mereka itu mereka ramai artis Sabah tidak tahu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular