HomeUtamaSPRM tahan 2 lagi individu berikutan rasuah kuota pekerja asing

SPRM tahan 2 lagi individu berikutan rasuah kuota pekerja asing

Read Time:54 Second

Putrajaya: Seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan direman bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan kuota pekerja asing di negara ini ahad lalu.

Penahanan itu susulan penahanan lapan individu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat teknologi maklumat.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 30-an dan 50-an itu ditahan jam 10 dan 12 malam 3 ogos lalu , di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Sumber berkata, ahli perniagaan itu disiasat berhubung penerimaan wang rasuah berjumlah lebih RM1 juta daripada ejen pekerjaan manakala seorang lagi individu disyaki membayar rasuah kepada syarikat penyedia platform bagi permohonan pekerja asing.

Permohonan reman terhadap kedua-dua lelaki dibuat SPRM di hadapan Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin yang membenarkan suspek direman tiga hari.

SPRM sebelum ini menahan lapan individu dengan enam daripadanya direman manakala dua lagi individu, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita, dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas diambil keterangan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan reman dua individu terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya